Followers

Saturday, May 18, 2013

SARAWAK, WAITING FOR ME !

Alhamdulillah ya Allah. Selama lebih kurang 2 bulan, aku mempertahankan jawapan " saya tak balik cuti bulan 5". Allah sebaik baik perancang, setelah aku merancang dengan bersungguh sungguh. Ditakdirkan tiket kapal terbang tersangatlah murah. Wah, aku yang pada mulanya, masih terkebil kebil dengan harga yang murah, akhirnya, mengambil keputusan untuk balik. Ya, aku akan balik. Tarikh 22 Mei 2013 pada hari rabu aku pilih untuk pulang.


Hati siapa tak gembira. Dahlah tiket nya murah, tiketnya pulak bukan syarikat yang calang calang. Tiket dari Malaysia Airlines kot ! ^_^ Argh.....Gembiranya hatiku. 


Aku tak pernah menaiki pesawat MAS sejak umur dh tua2 ni. Hanya sekali je pernah naik. Masa umur 6 tahun x silap aku. Kecik lagi waktu tu. 


Mana tak nya, tiket kapal terbang bawah syarikat MAS, mahal giler, jadi aku pun beli lah tiket Airasia je. Hampir 4 tahun belajar di semenanjung, nilah kali pertama aku akan menaiki kapal terbang bawah syarikat MAS. 


Mudah mudahan perjalananku pada hari rabu ini dipermudahkan Allah s.w.t. Ya Allah, macam x percaya, 5 bulan dah aku tak balik rumah. Macam2 perasaanku sekarang. Kalau ikutkan hati aku yang memberontak ni, aku memang tak nak pulang sini lagi. Tak nak belajar di semenanjung ni. Penat. Penat dengan membeli tiket kapal terbang yang MAHAL dan banyak duit nak pakai hingga aku telah beberapa kali mengorbankan hari raya, cuti sekolah dan sebagainya. 


Aku anggap semua ni adalah tarbiyah dari Allah. Aku yang dulunya kuat menangis. Kuat sangat. Hu3. Masa aku tingkatan 1, setiap malam aku menangis terkenangkan keluarga sewaktu tinggal di asrama. Dahsyat tak? Ha3. Lucu pun ada bila aku ingat balik. Alhamdulillah perangai burok tersebut sedikit demi sedikit terhakis sejak menuntut di semenanjung. 


Apa2pun, dalam kehidupan kita, kita mesti yakin ketentuan Allah adalah yang terbaik. Sepertimana aku yang pada mulanya tetap dengan jawapan tak balik juga pada bulan 5 ni atas sebab2 yang tertentu, pada akhirnya, aku balik juga walaupun tiket dibeli pada saat akhir. Alhamdulillah. Murah sangat pulak tu. Terima kasih ya Allah.       

No comments:

Post a Comment