Followers

Sunday, May 23, 2010

Jangan Terlalu ….

1. Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat.
4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah.
5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
6. Terlalu banyak ketawa – merosakkan usus / menghilangkan nur wajah (yang ini aku tambah).
7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. (fikir masalah umat takpe kot?)
9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.
13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Saturday, May 8, 2010

RENUNGAN MINDA~

jika ada seratus orang yang berjuang, pastikan antum salah satunya

jika ada sepuluh orang yang berjuang, pastikan antum salah satunya

jika hanya satu orang yang berjuang, pastikan itu antum

jika tidak ada yang berjuang, pastikan antum telah syahid


dan tahukah saudaraku, islam akan jaya dengan 2 hal yang telah diwariskan

merah darah para syuhada dan hitam tinta para ulama





Friday, May 7, 2010

PERHITUNGAN DENGAN ALLAH SWT

        Sering kali kita dengar manusia terumbang ambing karam di lautan nafsu yang tiada batasan...manusia semakin hilang arah seolah olah tiada apa yang dapat menghalang mereka...agama hanya pada nama..kewajipan dalam agama diabaikan malah sehingga dianggap tidak penting dan kolot..apalah sangat keduniaan jika dibandingkan dengan nikmat yang ALLAH SWT telah pinjamkan kepada kita..nikmat yang terlalu banyak sehingga tidak terkira..manusia itu sendiri melupakan tanggungjawab dan kewajipan nya terhadap agama..hanyut dalam arus modenisasi yang tiada batasan..

           Namun apabila ditimpa kesusahan,manusia mencari cari pula kesalahan orang lain,menuduh orang lain menjadi  penyebab terjadinya perkara sedemikian..Namun,manusia lupa akan kewujudan yang Maha Kuasa yang sentiasa memerhatikan gerak gerinya tanpa rehat ataupun merasa lelah walaupun sekejap..Betapa hebatnya kuasa Allah yang membatasi akal fikiran manusia yang normal untuk berfikir mengenainya..Manusia sepatutnya sentiasa menguatkan dan mengukuhkan pergantungannya kepada Allah swt tidak kira senang mahupun susah..Allah SWT tidak pernah lupa akan setiap hambaNya tetapi manusia sering lupa dan leka..ini kah yang patut dilakukan oleh manusia sebagai hamba Allah yang telah berjanji semenjak dari dalam rahim lagi untuk beriman kepada Allah dan beribadat kepadanya...

        Sungguh tidak bersyukur kita sebagai manusia sekiranya berbuat demikian..ingatlah wahai teman,sesungguhnya tiada yang lain yang berhak disembah melainkan ALLAH SWT..DIA lah selayaknya tempat untuk kita memohon dan merintih serta mengadu..Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat...